Blog

Rania by Wirdora Premium Pleats

Kisah di bawah merupakan rekaan semata-mata bagi tujuan pemasaran Rania by Wirdora Premium Pleats dan tiada kaitan dengan mana-mana individu yang masih hidup atau yang sudah tiada. 

Aku mengeluh melepas perasaan. Bukannya tak teringin nak bergaya, bukannya hati ini tak ingin dipuja, bukannya aku tak pernah mencuba. Tapi, selalunya pilihan saat akhirku semesti tudung sarung. Walaupun hati ini terlalu ingin mencuba tudung yang boleh dipelbagai gaya, namun kehendak perasaan diatasi oleh kehendak permintaan tanggungjawab sebagai ibu. Manakan tidak, 30 minit untuk menyiapkan anak-anak. Tinggal 3 minit sahaja untuk ibu.

Kata orang, terimalah realiti. Terimalah hakikat yang waktu membesarkan anak-anak ini bukanlah waktu untuk ibu-ibu bergaya. Waktu ini sememangnya untuk dikerah tenaga untuk anak-anak. Maka dikorbankanlah rupa yang tidak seberapa.

 

Nak Stylo? Apa Ada Hal… Wirdora kan Ada…

Pada asasnya, Wirdora menegah para wanita untuk menerima status quo. Wirdora pantas menegakkan yang kecantikan dalaman wanita boleh dizahirkan dengan mudah. Aku maklum Wirdora memang sebuah jenama yang mengutamakan kualiti dan meletakkan kecantikan wanita di tahap yang tinggi. Memang kerap aku mendengar rakan-rakan memuji kehebatan aksesori hijab Wirdora yang tidak merosakkan tudung. Namun, tak pernah pula aku membeli.

Sehinggalah aku ternampak lalu-lalang di Instagram yang Wirdora akan mengeluarkan tudung jenis shawl. Wirdora memang sinonim dengan penggayaan pantas untuk wanita yang sibuk, jadi aku agak berminat. Tiba-tiba aku ‘sentap’ pula dengan sebuah video dari Wirdora yang menunjukkan shawl anti-kemek walaupun ditarik. Terus aku teringatkan kisah diriku sebagai ibu yang kerap kali penggayaan tudungku rosak kerana anak-anak. Bukanlah ingin menyalahkan anak, tetapi semestinya ada penyelesaian kepada masalah ini, bukan?

Rania by Wirdora Premium Pleats Adalah Penyelesainnya!

Terus aku membuat pesanan untuk dua helai shawl. Satu dari Rania Bold Series dan satu lagi dari Rania Pastel Series. Keesokan harinya, aku jatuh cinta! Memang lembut, mudah dibentuk, tidak perlu diseterika, dan yang paling penting mudah digaya. Wirdora Premium Pleats menggunakan baby seam yang halus, pleats yang penuh sehingga ke hujung shawl yang sepanjang dua meter panjang dan 65cm lebar yang dihiasi dengan sebutir pendant charm.

Setiap shawl Premium Pleats by Wirdora diperbuat dari heavy premium chiffon yang boleh didapati dalam 12 warna yang menarik. Terdapat dua rangkaian Wirdora Premium Pleats, dan kedua-duanya menambat hatiku. Rania Bold Series mengetengahkan warna-warna yang legap dan elegan seperti Black Jade, Orchid, Fossil Grey, Maroon, Prussian Blue, Burgundy. Manakala Rania Pastel Series pula mempertaruhkan warna-warna feminin dan lembut seperti Silver Grey, Pearl White, Periwinkle, Mint Green, Ballerina, dan Sheer Rose.

Satu Je, Mana Cukup!

Hari keesokannya aku sempat membeli empat warna lagi. Aku sudah boleh meninggalkan tudung sarung kerana Rania by Wirdora Premium Pleats memang mudah digayakan. Jika begini gayanya, memang mudah memakai shawl untuk travel, sama ada untuk kerja mahupun ketika bercuti dengan anak-anak. Sifatnya yang memberi dan mudah dibentuk, selain tidak perlu diseterika merupakan ciri-ciri utama aku berniat untuk mendapatkannya dalam kesemua warna. Namun apakan daya, bukan aku sahaja yang jatuh cinta dengan Rania by Wirdora Premium Pleats, shawl ini bagai pisang goreng panas, memang habis terjual!

Aku memang menyimpan azam untuk membeli kesemua warna Rania by Wirdora Premium Pleats sedikit demi sedikit. Di Instagram, ada beberapa #WirdoraWarrior yang aku intai-intai untuk melihat warna apa yang masih ada dalam stok mereka. Boleh dikatakan aku ni seperti pengguna hijab yang ‘dilahirkan semula’ kerana kini aku dengan mudah dan cepat boleh keluar rumah dengan bergaya. Aku juga sudahpun memiliki beberapa brooch bahu keluaran Wirdora untuk menambahkan seri gayaku. Brooch Camellia bewarna Crystal menjadi kegemaranku kerana elegan dan mudah dipadankan.

Zahirkanlah Kecantikan Dalaman Wanita

Perubahan gayaku bukan sahaja menggembirakan hatiku, rupanya suamiku juga terkesan dengan perubahan gayaku. Alhamdulillah penerimaan si dia positif kerana aku kelihatan lebih ceria, tidak lesu, dan yang paling best – ‘awak dah macam dulu-dulu’ sambil dia mengenyit mata. Berbunga-bunga hati menerima pujian suami walaupun si dia sememangnya kerap memuji dan menghargai diriku, tetapi sekali sekala apabila dia mengatakan yang kita cantik seperti dulu, memang terasa bersemangat!

Aku amat berterima kasih dengan Wirdora kerana mengeluarkan Rania by Wirdora Premium Pleats yang amat bertepatan untuk ibu-ibu berkerjaya yang sibuk tetapi masih mahu bergaya. Shawl yang boleh dipelbagai gaya, lebar untuk syariah-compliance, tidak perlu diseterika, datang dalam pelbagai warna menarik, dan amat mudah dibentuk. Tudung sarung bukan lagi satu-satunya pilihan untuk mereka yang tak berkesempatan untuk bergaya, sebab Wirdora kan ada…

Beri Peluang Kepada Diri dengan Wirdora Premium Pleats

Jadi kepada mana-mana ibu yang terasa seperti sudah lama tidak berpeluang untuk menggayakan tudung mereka kerana tidak berkesempatan, Rania by Wirdora Premium Pleats adalah untuk anda. Pada harga serendah RM79, anda boleh menjimatkan masa tanpa mengorbankan gaya apabila keluar rumah pada saat-saat akhir kerana sibuk dengan tugas sebagai ibu dan wanita berkerjaya. Wirdora, sebagai Your Faithful Companion, ingin melihat lebih ramai wanita tampil hebat. Setara dengan kehandalan mereka menangani masalah di rumah mahupun di pejabat, Wirdora ada untuk memudahkan penataan gaya.

Jadi jangan tunggu-tunggu lagi, dapatkan Rania by Wirdora Premium Pleats dalam semua warna sebelum kehabisan stok dari laman web Wirdora atau dari #WirdoraWarrior yang berdekatan. Anda juga boleh mendapatkan Premium Pleats dengan pantas di app Grab. Apa tunggu lagi, Wirdora – Serlahkan Kilauanmu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *