Blog

Kekalkan Sinar Swarovski Anda Selamanya: Petua Menjaga Aksesori Perhiasan Anda

Wir suka merenung bintang bergemerlapan yang bertebaran di ruang angkasa. Wir jatuh hati setiap kali memandangnya. Sebab itulah Wir benar-benar menjiwai produk Wirdora, bak bintang berkilauaan, Wir faham perasaan yang membeli kerana Wir seorang pembeli sebelum menjadi usahawan niaga. Wir menghasilkan apa yang Wir sendiri sayang dan mahu menggunakan untuk dijual. Jadi, Wir amat faham kesedihannya bila pin dan brooch yang Wir ada tidak bersinar seperti sewaktu awal memilikinya.

Banyak eksperimen dan pemerhatian yang Wir usahakan untuk memastikan kesemua koleksi perhiasan Wir dijaga rapi dengan cara terbaik. Wir nak tahu, bukan untuk Wir seorang, tetapi semua Wirdora Lovers kesayangan Wir di luar sana.

 

 

Tahukah anda yang setiap kristal Swarovski yang digunakan untuk pembuatan pin and brooch Wirdora hanya Swarovski asli bertakhtakan pin logam berkualiti tinggi. Ianya ditekuni dan dihalusi pembuatannya oleh tenaga pakar kami dengan penuh teliti. Berpadanan dengan kualitinya, Wir amat menitikberatkan cara penggunaan dan penjagaannya.

Tapi, jangan risau, nak menjaganya bukanlah sesuatu yang remeh dan memerlukan kos yang tinggi. Meh, Wir kongsikan cara-cara menjaga barangan aksesori kristal seperti pin dan brooch Wirdora:

#1 Simpan Aksesori Dengan Betul

Terbaiknya, aksesori perhiasan kristal anda disimpan di dalam bekas atau kotak perhiasan yang dikhaskan. Wirdora bukan sekadar menghasilkan pin dan brooch, malah, kami meletakkan penuh perhatian pada kemasan kotak dan pembungkusan barangan kami. Ini satu kewajiban untuk memastikan barangan kami sentiasa yang terbaik dan berkualiti. Bekas kotak Wirdora boleh digunapakai untuk menyimpan pin dan brooch selepas anda menggunakannya. Selain berkualiti, rekaannya yang menarik dan classy mengindahkan lagi meja hiasan anda. Anda juga boleh menyimpan aksesori perhiasan anda di dalam bekas kain yang lembut untuk mengelakkan dari bercalar.

 

#2 Berhati-hati Ketika Melakukan Aktiviti Harian

Penggunaan minyak wangi, semburan spray, krim atau losyen boleh merosakkan logam pada barang perhiasan anda. Mungkin kesannya tidak kelihatan serta-merta, tetapi, dalam jangkamasa panjang, ia akan merosakkan aksesori kesayangan anda itu. Ia akan menyebabkan warna logam luntur dan kristal nampak kusam. Jadi, berhati-hati apabila menggunakan barang-barangan tersebut sehari-harian. Elakkan daripada terkena aksesori Wirdora anda ketika menggunakannya.  

#3 Elakkan Daripada Tersentuh Air Atau Permukaan Yang Keras

Air boleh menyebabkan logam mudah berkarat. Benda-benda keras pula akan membuatkan batu perhiasan mudah pecah dan sumbing. Sebenarnya, perkara ini mungkin bukan sesuatu yang perlu dirisaukan kerana kualiti barangan Wirdora memang dijamin berkualiti tinggi, Tetapi, tak rugi kalau jika kita cermat menjaga barangan kita.  

#4 Aksesori Dipakai Akhir Sekali dan Dibuka Awal Sekali  

Sebenarnya, tips ni mungkin sudah diamalkan pun sebelum ini. Amalkan memakai aksesori anda yang terakhir dan bukakannya sewaktu awal-awal anda hendak menyimpannya. Ini memang kebiasaan kita. Tetapi, mungkin kadang-kala kita terlepas pandang dan terlupa.

 

 

#5 Gilap Aksesori Anda dengan Wirdora Sparkle Drops

Ya, anda perlu bersihkan dan gilap aksesori anda dengan kerap. Sebab itulah kami menghasilkan Wirdora Sparkle Drop untuk perapian aksesori anda di rumah. Wir sangat berpuas hati dengan hasil keberkesanan ‘solution ajaib’ ini. Usai menggunakannya, mesti seronok tengok pin dan brooch Wirdora berkilauan seperti baru keluar dari kotak di hari pertama membelinya. Pastinya, Wirdora Sparkle Drop ini membantu mengekalkan sinar kilauan pin dan brooch lebih lama dari biasa.

 

 

Wirdora Sparkle Drop ini taklah mahal mana, tidak mengambil masa yang lama dan menggunakannya semudah ABC. Hanya tuangkan sedikit di dalam bekas kecil, rendam aksesori anda dan goyangkan sedikit. Kemudian, gunakan kapas cotton bud dan letakkan sedikit Wirdora Sparkle Drop ini dan sapukan pada pin atau brooch Wirdora anda perlahan-lahan dan berhati-hati. Lapkan dengan kain lembut dan keringkan. Keputusannya, pin dan brooch yang kekal berkilauan seperti sediakala dan kepuasan memakainya.

Seperti kulit kita, produk Wirdora memang dicipta untuk tahan lama dan kekal berkualiti selama mungkin. Maka, Wir sangat galakkan Wirdora Lovers kesayangan untuk mencuba menggunakan Wirdora Sparkle Drop ini. Yang bestnya, anda bukan sahaja boleh guna Wirdora Sparkle Drop ini untuk produk Wirdora sahaja. Malah boleh juga digunakan pada semua barang perhiasan koleksi anda. Hasilnya, barangan berkilau seindah senyuman anda yang berpuas hati dengan Wirdora Sparkle Drop ini.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom lah beli sebotol hari ini!

Hubungi Wirdora Warriors kesayangan anda dan follow kami dia media sosial Instagram (https://www.instagram.com/wirdoraofficial/), facebook (https://www.facebook.com/wirdora) atau website (https://wirdora-hq.myshopify.com/) untuk maklumat lanjut.

 

Love,

Wir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *