Blog

Butang Baju Melayu Indra dari Wirdora

Kisah di bawah merupakan kisah fiksyen rekaan semata-mata untuk tujuan pengiklanan Butang Baju Melayu Indra oleh Wirdora. Butang Baju Melayu Indra merupakan ciptaan rekabentuk khas dari Wirdora yang menggunakan kristal Mystic Swarovski. Kristal Mystic dari Swarovski merupakan kristal rekaan istimewa untuk menyambut ulangtahun ke-125 Swarovski. Dapatkan Butang Baju Melayu Indra dalam lapan warna yang menarik.

Alhamdulillah, akhirnya aku dapat membuat temu janji dengan kadi nikah Pejabat Agama. Sememangnya aku dan tunangku sudah merancang perkahwinan kami pada tahun ini. Siapa pula yang sangka corona virus menerjah pada tahun 2020. Tiada majlis dibenarkan untuk dilangsungkan. Kami telah menginjak tarikh pernikahan beberapa kali kerana mengharapkan SOP dilonggarkan dengan penurunan jumlah jangkitan. Bukan kerana tidak kisahkan wabak penyakit, tapi kerana sebolehnya mahukan semua adik beradik turut sekali meraikan pernikahan kami.

Kini SOP untuk pernikahan di Pejabat Agama ialah hanya empat orang sahaja yang dibenarkan hadir. Pasangan pengantin, wali, dan kadi. Malah, saksi juga akan ditugaskan kepada staf dari Pejabat Agama tersebut. Angan-anganku untuk menghias rumah ibubapaku untuk majlis akad nikah diriku musnah begitu sahaja. Namun aku akur, aku yakin ada hikmahnya. Hikmah dalam bersederhana, dan memenuhi tuntutan yang wajib dahulu. Inilah juga sebabnya aku rela menikah tanpa majlis resepsi yang aku angan-angankan. Tak mengapa, Allah Maha Mengetahui. 

Busana pernikahanku yang sepatutnya sarat dengan manik, aku ringkaskan perinciannya. Bukan mudah hendak bergerak ke sana-sini dengan manik dan labuci. Jadi aku memilih untuk bergaya dengan aksesori hijab Carmelia dari Wirdora, dan pelitup muka VVIP dari Wirdora. Elegan bukan datang dari penataan gaya yang sarat dengan kilauan, tapi ia haruslah bertempat. Untuk tujuan ini, aksesori Wirdora sememangnya cukup bergaya dan tidak keterlaluan.

Selain aksesori hijab Wirdora untuk diriku, aku turut memilih Butang Baju Melayu Indra untuk abang-abangku yang tidak dapat menyaksikan pernikahan adik bongsu mereka. Abang-abangku sudah berjauhan di seluruh pelosok dunia sejak masing-masing membawa haluan sendiri menurut kerjaya. Aku sebagai satu-satunya anak perempuan dan bongsu sememangnya tinggal dengan ibubapaku. Walaupun besar harapanku untuk mereka dapat pulang untuk melihat adik mereka dinikahkan, aku tidaklah terlalu berharap.

Aku memilih Butang Baju Malayu Indra kerana imbasan cahaya batu kristalnya amat unik. Kilauan yang tepusat di bahagian tengah kristal Swarovski jenis Mystic memukau dengan garis-garis halus yang terbias dalam pelbagai warna. Istimewa Butang Baju Melayu Indra ini juga datang dari kekuatan rekabentuk butang baju melayu itu sendiri. Rekaan yang teguh dan maskulin, dipadankan dengan kristal Swarovski tulen yang tiada tolok bandingannya. Seaakan-akan padanan yang seimbang dari segi yin dan yang.

Begitulah pengamatanku. Aku sememangnya teliti dalam memilih hadiah. Tambahan pula, ini bukanlah hadiah semata-mata kepada abang-abangku. Ini cara aku berterima kasih dengan mereka kerana turut menjagaku semasa aku kecil dahulu. Aku terlalu manja dek statusku sebagai anak bongsu, satu-satunya anak perempuan pula. Abang-abangkulah yang memastikan aku selamat, lulus cemerlang semua mata pelajaran, termasuklah memastikan bakal suamiku adalah yang terbaik!

Mujurlah Butang Baju Melayu Indra dari Wirdora datang dalam pelbagai warna. Mudah untuk aku menghadiahkan kepada abang-abangku. Aku ikutkan sahaja warna kegemaran mereka. Yang menariknya Butang Baju Melayu Indra ini ialah pantulan kilauan kristal Swarovski Mystic ini turut meresap warna baju melayu yang dipakai! Ini kerana prinsip pantulan semula kristal Mystic dari Swarovski ini berpermukaan beralur di bahagian belakangnya. Rekabentuk sebegini membolehkan warna latar belakang Butang Baju Melayu Indra turut ‘hadir’ dalam pantulan kilauannya. Pilihan Butang Baju Melayu Indra sememangnya tepat kerana ia tetap berpadanan walau apa jua warna baju melayu yang disarung.

Wirdora Butang Baju Melayu Indra

Butang Baju Melayu Indra didatangkan dalam warna-warna berikut:

  1. Crystal
  2. Aquamarine
  3. Light Colorado Topaz
  4. Paradise Shine
  5. Astral Pink
  6. Aurora Boreale
  7. Scarlet
  8. Iris

Saiz Butang Baju Melayu Indra juga salah satu sebab aku memilihnya sebagai hadiah. Sesuai dengan motif pemberianku, aku mahu saiz butang baju melayu yang besar untuk dihadiahkan. Butang Baju Melayu Indra agak besar memberi kesan dampak, sesuai untuk majlis formal yang istimewa. Terdapat juga Butang Baju Melayu Indra dalam saiz yang lebih kecil, sesuai untuk berbaju Melayu pada hari Jumaat. Sebenarnya aku agak rambang mata dengan pilihan butang baju Melayu dari Wirdora yang pelbagai. Tetapi oleh sebab bilangan abang-abangku yang ramai, dan besar jasa mereka kepadaku – Butang Baju Melayu Indra pilihan hatiku.

Kini tak lama lagi aku akan memulakan fasa baru dalam hidup dan kuat dalam diriku perasaan untuk menghargai abang-abangku. Mungkin tidak akan dapat terbalas jasa-jasa mereka, tetapi Butang Baju Melayu Indra simbolik yang terbaik yang dapat aku berikan. Rasa puas hati dapat memberikan yang terbaik kepada orang-orang yang dikasihi sememangnya tidak dapat terungkap dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan kasih sayang yang abang-abangku berikan sejak kecil hinggalah kini. Masakan aku masih dilayan seperti kanak-kanak kecil walaupun mereka sudah mempunyai anak sendiri.

Begitulah perasaan kasih yang Allah kurniakan kepada kita sesama umat. Kasih kepada ibubapa lain jenis istimewanya, kasih kepada adik-beradik pula lain perasaannya, kasih kepada kawan-kawan lain cara layanannya, kasih kepada anak-anak tegas dan disiplin didikannya, kasih kepada pasangan hanya kita yang merasa. Begitu juga dengan kasihkan dunia, Allah kurniakan dengan pelbagai kilauan yang indah. Tetapi bukanlah untuk kita bolot dan tamakkan seorang diri, tapi untuk dikongsi sebagai tanda kasih dan ingatan. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *